Hayat sebuah laptop lazimnya boleh bertahan sehingga tiga tahun. Namun selepas tempoh tersebut, mungkin ada perantinya yang sudah rosak, selalunya pemacu keras, HDD. Jika begitu, anda perlu menggantikannya dengan yang baharu jika laptop berkenaan masih ingin digunakan. Tetapi, tempoh jaminan laptop dan perantinya sudah tamat.
Sebenarnya, proses menukar pemacu keras laptop lama tidaklah sesukar seperti yang anda fikirkan. Sebaliknya, anda boleh melakukannya sendiri asalkan ada peranti dan perisian yang diperlukan. Selain persediaan awal, anda juga perlu tahu proses yang akan dilalui seperti mengenali model pemacu keras lama dan model gantian yang serasi. Berikut merupakan lima proses yang boleh diikuti jika hendak menukar pemacu keras laptop lama yang telah rosak.
1. MENGENALI PEMACU
- Spesifikasi pemacu keras dalam laptop lama boleh dikenali berdasarkan dokumen atau manual yang disertakan sekiranya anda masih menyimpannya. Atau, anda boleh memeriksanya di tapak web pembuat laptop tersebut berdasarkan kepada modelnya. Jika anda masih ragu-ragu dengan jenama dan spesifikasinya, keluarkan pemacu tersebut untuk diteliti dengan lebih dekat.
- Anda perlu tahu jenis pemacu yang digunakan. Jenis IDE biasanya melengkapi laptop lama, tetapi bekalannya di pasaran adalah agak terhad daripada segi jenama dan kapasitinya. Malah, harganya agak mahal jika dibandingkan dengan kapasitinya.
![]() |
| Kenali jenis pemacu cakera keras anda |
2. PERANTI & PERISIAN
- Sediakan alat pemutar skru yang sesuai bagi menanggalkan skru yang mengikat pemacu ini pada "casis" laptop. Seelok-eloknya, sediakan juga "antistatic wrist strap" bagi mencegah kesan cas statik pada pemacu. Fail "driver" untuk peranti dalaman laptop juga diperlukan. Jika cakeranya tiada, cuba muat turun di tapak web pembuatnya.
- Laptop lama biasanya disertakan cakera pemasang Windows. Tetapi, jika cakera itu hilang atau rosak, anda perlu membeli cakera pemasang yang baharu. Jika memori (RAM) laptop 1GB atau lebih, Windows 7/8 boleh dipasang. Tetapi jika kurang, Windows XP lebih sesuai.
![]() |
| Tanggalkan dahulu skru penutup pemacu keras |
3. MENGGANTI PEMACU
- Sebelum pemacu lama dikeluarkan, pastikan kabel kuasa dan bateri laptop telah dicabut untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku. Gunakan pemutar skru untuk membuka skru penutup pemacu keras dan skru pengikatnya pada "casis". Selepas itu, cabut kabel IDE dan keluarkan pemacu keras tersebut. Tanggalkan juga peranti 'pemegangnya'.
- Sebaik sahaja pemacu lama dikeluarkan, anda boleh memasang pemacu baharu yang siap dibeli. Hubungkan kembali kabel IDE tadi dengan kemas pada pemacu tersebut. Lakukannya dengan berhati-hati. Kemudian, anda boleh mengikat pemacu berkenaan pada "casis" laptop menggunakan skru. Selepas itu, pasangkan semula penutup ruang pemacu keras.
4. MEMASANG WINDOWS
- Apabila pemacu baharu sudah diapasang, sila pasangkan semula bateri laptop dan kabel kuasanya. Selepas itu, hidupkan laptop anda seperti biasa. Sebaik sahaja proses "boot" dimulakan, klik kekunci yang kelihatan di skrin untuk memasuki BIOS. Kemudian, tukar ketetapan BIOS agar laptop anda boleh di "boot" dari pemacu optikal.
- Selepas ketetapan BIOS diubah, masukkan cakera pemasang Windows ke dalam pemacunya. Kemudian, "boot" semula laptop - pada kali ini menerusi pemacu optikal. Skrin untuk memulakan pemasangan Windows ke dalam pemacu keras akan muncul. Kemudian, anda perlu mengikuti setiap arahan dan melalui setiap prosesnya sehingga selesai.
5. PENGKLONAN PEMACU
- Setelah Windows berjaya dipasang, anda perlu memasang "driver" untuk semua peranti dalam laptop anda. Ini boleh dilakukan satu demi satu sehingga selesai. Fail "driver" yang terdapat di tapak web biasanya yang terkini. Jika versi terkini tiada, fail "driver" dalam cakera yang dibekalkan bersama laptop boleh dipasang.
- Selesai memasang "driver", anda boleh mencipta "partition" kedua dalam pemacu keras untuk menyimpan data. Jika perlu, anda boleh menukar beberapa ketetapan dalam Windows selain memasang aplikasi yang diperlukan. Aplikasi EaseUS Todo Backup 4.0 misalnya, sesuai untuk mengklon "partition" atau menyimpan segala isinya.
![]() |
*******************************SEMOGA BERJAYA*********************************




No comments:
Post a Comment